Tuesday, May 10, 2011

Ulasan lirik lagu Patah Hati oleh YAH

patah hati
jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri

yah: bahaya kan patah hati tu, kak long... lagi bahaya dari makan diri. Patah hati boleh mati, kan kak long kan. Makan diri masuk hospital je...



Thursday, March 17, 2011

Amaran ALLAH

Bencana alam tak putus-putus melanda. Tsunami di Jepun, gunung berapi di Indonesia dan pelbagai lagi. Ambillah peristiwa in sebagai pengajaran supaya kita muhasabah dan menjauhi maksiat.

Ambillah pengajaran dari lagu ni. Jangan jadi camni......=)

KHABAR DARI LANGIT
(Album : Saujana)

Kau melangkah tanpa henti
Acapnya engkau berlari
Tak memandang kanan kiri

Laut luas kau renangi
Gunung tinggi engkau daki
Tak endah apa di sisi

Lahar dunia tak terasa panasnya
Emas di hujung gapai
Tak kira apa korbannya
Kejar…

Turunlah walau sejuta
Khabar dari neraka
Atau digentarkan seksa
Dari yang Mengenggam Nyawamu

Pabila waktu telah pun terhenti
Tak kan kau dengar
Walaupun cuma nafas yang terhela
Semua indera telah dibelenggu
Terik mentari mencairkan
Segenap isi tubuh yang hina
Bencana itu makin depan mata
Tidak kau mampu
Larikan dirimu dari sengsara
Azab-Nya

Tetap juga kau berlari
Dan melangkah tanpa henti
Bagai hidup tak kan mati

Murka-Nya tak kau peduli
Walaupun bergegar bumi
Ranapkan segenap isi

Biar gegak gempita guruh di langit
Tak kau hirau
Asalkan petirnya tak memanahmu
Lebur…

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Atie (Hijjaz Records Publishing)

Tuesday, February 15, 2011

Buktikan cintamu

Rasulullah terlalu merindui kita...
Adakah kita juga sama??
Buktikannya
Selawat sentiasa
Bukan hanya pada hari Mauridurrasul
Tapi setiap hari, setiap kelapangan yang ada
Kerana syafaat itu dari baginda....

Wednesday, January 19, 2011

Kesekian kali.....

Sudah sekian lama saya berhenti dari menulis di blog ni. Akhirnya, semangat untuk menulis datang kembali. Bak kata ramai orang yang dah berjaya, kejayaan kita hanya boleh dikongsi jika ianya direkodkan, terutamanya dalam betuk tulisan. Walaupun kita dah tiada, tulisan yang baik akan terus dibaca dan dimanfaatkan sampai bila-bila.

Artikel pertama ni saya sertakan dengan lagu 'Kesekian Kali' nyanyian Suhaimi ft. Munif. Liriknya simple and very direct, tapi best dan mendalam maksudnya....
Hope all of you enjoy it and take something from it....=)


Credits:haikal1804
Allahu A'lam...